Sunday 27 November 2011

Nih prezi yang dah edit...xtahu lah nampak jalan nyer ke x..isi lebih kurang je n yang lama cuma edit ckit je dan wat nmpk macam perjalanan cikit lah..xde patah2 balik..direct ja nih..huhu...
http://prezi.com/1v3iqhjxs9gm/aku-teknologi-dan-media/

yang nih pulak prezi yang lama ritu...xtahu mana satu lebih baik... 
http://prezi.com/6wllxyqflstd/saya-teknologi-dan-media/


 

Monday 21 November 2011

Hari ini kami telah mempelajari satu lagi kaedah pembelajaran. Sebelum ini, aku telah mempelajari 4 kaedah pembelajaran iaitu Inkuiri, PBL, PjBL dan thingking Base learning. Pada hari ini, dr telah mengajar satu lagi kaedah yang baru iaitu Pembelajaran secara koperatif, ianya juga boleh menjadi inkuiri.  


Pembelajaran koperatif ini merupakan satu kaedah pembelajaran dimana pelajar belajar dalam satu kelompok kumpulan dan terdapat 5 prinsip dalam pembelajaran koperatif ini iaitu:

1) Saling bergantung secara positif
# setiap ahli kumpulan adalah bergantung antara satu sama yang lain. semua ahli kumpulan perlu mengambil berat tentang pembelajaran dari diri sendiri dan juga rakan-rakan.
2) penanggujawaban individu
# setiap ahli kumpulan mempunyai tanggungjawab bukan untuk mencapai matlamat, tetapi juga bertujuan memastikan bahawa setiap ahli menjadi individu yang lebih berkebolehan. maksudnya ahli tersebut tidak bergantung kepada kumpulan itu sahaja malahan kalau sendiri sahaja pun dia boleh melakukannya.
3) Interaksi bersemuka
#ahli kumpulan perlu duduk berdekatan dan berinteraksi di antara satu sama yang lain secara bersemuka supaya mereka dapat membantu, menggalak dan seterusnya meningkatkan usaha antara satu sama yang lain.
4) Pengajaran kemahiran sosial secara Ekplisit
#memberitahu peraturan atau arahan tersebut secara terus, tersurat dan jelas.
5) Pemprosesan kumpulan.
# melakukan penilaian ke atas pencapaian kumpulan itu sendiri....

teknik dalam pembelajaran KOPERATIF
1)STAD(student team achievement division)
2)GI(group investigation)
3)TGT(teams group tournaments)
4)TAI(team accelerated instruction)
5)NUMBER HEADS TOGETHER
6) JIGSAW 



Teknik JIGSAW adalah teknik yang digunakan oleh dr untuk menjalankan kelas kami pada hari ini.
Kaedah pembelajaran berasakan teknik JIGSAW adalah seperti berikut:

1) kami duduk seramai 5 oarang dalam satu kumpulan. kumpulan ini meruapakan kumpulan (ASAL).
2) kemudian, dalam kumpulan tersebut, setiap ahli kumpulan diberi nombor iaitu 1-5.
3) selepas itu, semua ahli kumpulan keluar daripada kumpulan ASAL dan membentukkumpulan pakar PAKAR daripada no yang telah diberikan tadi. maksud nya, semua ahli yang bernombor 1 bagi setiap kumpulan ASAL akan menjadi satu kumpulan PAKAR. begitu juga dengan nombor yang lain.
4)dalam kumpulan PAKAR, kami telah dibahagikan dengan teknik2 pembelajaran koperatif dan kumpulan aku telah mendapat teknik TAI dan menerangkan prinsip2 dalam pembelajaran koperatif. seterusnya, semua ahli kumpulan dalam kumpulan PAKAR perlu mencari maklumat dan mahir dalam teknik TAI. kami telah diberikan masa selama 20 minit.
5) setelah selesai 20 minit. kami kembali semula ke dalam kumpulan ASAL dan setiap kumpulan diberikan masa 30 minit untuk menerangkan semula semua teknik2 pembelajaran koperatif dalam kumpulan ASAL masing2 dengan mengikut nombor masing2.
6) selepas selesai perbincangan dalam kumpulan ASAL dan semua ahli kumpulan telah mengetahui prinsip2 pembelajaran koperatif serta teknik2nya. dr nurul pun mengadakan satu penilaian melalui soalan yang diberikannya. terdapat 3 soalan dan dr akan memberikan markah bonus kepada kumpulan yang mendapat markah paling tinggi.
terdapat 3 soalan, untuk soalan pertama dr akan memilih 1 nombor contohnya no 1. jadi semua ahli kumpulan yang bernombor 1 dalam setiap kumpulan perlu bangun dan menjawab soalan 1 tersebut dan begitu juga dengan soalan yang ke 2 dan ketiga. setelah semua soalan dijawab. markah akan dijumlahkan kesemuanya dan kumpulan yang mempunyai markah paling tinggi akan mendapat ganjaran markah bonus tersebut.

ini merupakan teknik pembelajaran koperatif JIGSAW yang telah aku alami pada hari ini...okey lah..setakat nih je dulu...minggu depan jumpa lagi.

 

Sunday 20 November 2011

Pada hari ini, kelas kami dimulakan dengan Dr membuat sedikit refleksi mengenaikan ujian kedua kami pasal prezi. beberapa hasil prezi telah dipilih dan dr memberikan komen, penambahbaikan. jadi, banyak yang perlu aku perbaiki.
Lepas tu, kami mengambil semula ujian 1 secara individu dengan menjawab soalan yang kelima sahaja untuk memberi peluang tambah markah serta menguji samada kami betol2 faham atau tidak. soalan nya: 
janakan satu aktiviti berdasarkan kaedah inkuiri pada fasa kedua iaitu menstruktur semula idea mengenai prisip archemedes...lebih kurang camtu lah soalannya..lupe pulak .


Apa yang perlu dalam proses menstruktur idea?

1) guru memulakan P&P dengan bertanyakan soalan kepada pelajar. contohnya: apakah perkaitan diantara daya keapungan dengan berat air yang tersesar?
2) Kemudian, guru meminta pelajar memberikan hipotesis, mencadangkan aktivit penyiasatan yang sesuai. Nyatakan pemboleh ubah yang sesuai. ( pembolehubah yang dimalarkan, yang dimanipulasikan serta yang bertindak balas).
3) Disamping itu, pelajar dibantu oleh guru dengan 1 penyoalan untuk menentukan radas dan bahan yang diperlukan.
4)Kemudian, pelajar menjalankan amali dimana aktiviti yang dijalankan adalah menyesarkan air dengan menggunakan pemberat.
5) berat di udara tolak dengan berat semasa masuk dalam air = daya keapungan.
6) Pelajar membuat pemerhatian berdasarkan keputusan yang mereka perolehi.
7) akhir sekali pelajar membuat pembentangan dan nyatakan kesimpulan.
 Nih lah yang aku faham setelah diulang-ulang banyak kali dah kot..


kuliah diteruskan dengan masuk tajuk baru iaitu MISKONSEPSI...
-Miskonsepsi adalah lebih daripada sekadar 1 kesilapan kecil (mistake).


Contoh Miskonsepsi dalam fizik:

1) Hotter objects cointain more heat then colder object. ( YES ) - FALSE
WHY FALSE??...kerana haba ialah tenaga yang berpindah dan tidak boleh dikandung oleh haba.

2)Heavier objects always fall faster than ligther objects. (FALSE )

WHY FALSE??..kalau untuk free fall, objek yang berat dan ringan akan jatuh pada masa yang sama. contoh haritu dr dah demo apabila bola pingpong dan bola tenis dijatuhkan pada ketinggian yang sama, kedua-duanya jatuh pada masa yang sama.

3) Light objects float while heavy object sink. ( FALSE )

WHY FALSE??...timbul atau tenggelam objek tersebut bergantung kepada 2 faktor iaitu: berdasarkan isi padu dan daya bersih serta daya keapungan.

4)  Objects float because there's air in  them. ( FALSE )

WHY FALSE??...objek timbul kerana daya keapungan meningkat apabila dalam udara kerana air yang tersesar meningkat.


5) An object that is thrown upwards continue to move upwards because the force applied by the hand is still acting on it. ( FALSE )

WHY FALSE??...yang aku pon xpasti nak jwb...kalau lukis free body diagram, cuma ada 1 force sahaja yang ada pada objek iaitu daya gravity or weight which is = mg..aku pun xtahu nak terang cmne...huhuhu...

Setakat nih lah dulu...Assalamualaikum....











Thursday 17 November 2011

Alhamdulillah....siap sudah prezi aku....harap-harap okey lah...setelah berusaha siang malam ini lah hasilnya...
 click this link to my prezi...: http://prezi.com/6wllxyqflstd/saya-teknologi-dan-media/

Tuesday 15 November 2011

Assalamualaikum..
Start je hari pertama kuliah pada minggu lepas cuti raya haji nih...ade satu lagi tugasan yang perlu dilaksanakan untuk kursus KPD. Kami perlu menghasilkan produk dan akan dihantar pada hari jumaat ini. Tajuk SAYA, TEKNOLOGI DAN MEDIA. Kami diarahkan oleh Dr Nuruk untuk bekerjasama dalam kumpulan PjBL yang lepas untuk membuat perbimcang tentang persoalan yang telah diberikan. Walaubagaimanapun, setiap ahli kumpulan akan menghasilkan produk masing2. Kami juga digalakkan untuk menggunakan prezi untuk menghasilkan produk ini. Jadi aku kene lah explore prezi nih, dah daftar and dan explore lah semalam..InsyaALLAH boleh buat kot...huhuhu...berusahalah pulun siapkan b4 jumaat. Tugasan ini juga dikira sebagai ujian kedua iaitu markah sebanyak 10%.

SAYA, TEKNOLOGI DAN MEDIA




Budaya pembelajaran sentiasa berubah. Teknologi dan media memainkan peranan utama dalam transformasi tersebut. Pendidik dan pelajar merubah pengalaman bilik darjah dengan peningkatan penggunaan teknologi dan media sebagai komponen penting dalam pembelajaran.
Hasilnya sekolah beransur-ansur menyerupai dunia sebenar, sehingga menjadikannya lebih berharga, relevan, dan berguna kepada semua pihak yang terbabit. Bukankah ini merupakan sesuatu yang sangat didambakan? Namun terdapat begitu banyak teknologi di luar sana terutama yang berkaitan dengan ICT (yang dikenali sebagai Web 2.0): Wiki, Blog, Prezi, jaringan sosial dan sumber yang hampir tidak ada batasan di Internet.
Guru, seperti juga kebanyakan orang, yang tiada kecenderungan kepada teknologi dan dunia dalam talian kemungkinan akan berasa “lemas”. Namun sebagai seorang guru abad ke-21 anda harus berusaha mendampingi dan menerima dengan hati yang terbuka semua teknologi dan media yang mampu menyokong pengajaran dan pembelajaran abad ke-21.
Oleh itu, bagaimana dan di mana anda boleh memulakan perjalanan pembelajaran anda dalam mengintegrasi teknologi dan media di bilik darjah anda di samping menggunakannya sebagai pemangkin perkembangan profesionalisme? Bagaimana anda boleh mengikuti perkembangan landskap teknologi dan media yang hampir setiap hari berubah?

APA YANG PERLU DILAKUKAN??

Tugasan : Gunakan persoalan di atas sebagai titik tolak dan dorongan bagi menghasilkan satu
rancangan perjalanan pembelajaran anda dalam mengintegrasi teknologi dan media di bilik darjah anda kelak. Huraikan setiap langkah atau keputusan yang anda ambil di sepanjang perjalanan tersebut serta semua teknologi dan media lama dan baru yang akan anda integrasi di bilik darjah beserta justifikasi pemilihan. Gunakan kreativiti dan teknologi ICT untuk menghasilkan satu visual perjalanan yang bukan saja berinformasi bahkan menarik. Paparkan rancangan ini dalam blog anda.