Wednesday 12 October 2011


Hari selasa ada rakaman....kelas semalam dr nurul dah pesan siap2 suruh ready....
We are discuss about ARCHIMEDES’S PRINCIPLE. What is buoyant force? What are relationship between buoyant force and weight of water displaced.
·       In a group of four, we need to discuss the experiment about archimedes's principle. we are given the apparatus and do the experiment.


  Buoyant force is an upward force acting an object immersed in a liquid.
·        Archimedes's principle state that buoyant force on a submerged object is equal to the weight of the fluid that is displaced by the object.


Nih experiment yang kami jalankan semasa dalam kelas. inkuri lab, best...sambil mendengar kuliah kita juga dapat membuatnya sendiri..simple experiment la..




N



N

Week 5...minggu ke 5...
Apa itu penagajaran?????
-pelan instruksi/pengajaran yang mengandungi rangka terperinci berdasarkan satu tema/bahagian daripada sukatan pelajaran.
-disusun dengan teliti dan mengandungi perihalan tentang:
1.     . Tajuk dan kegunaaan unit
2.     Pengetahuan sedia ada pelajar
3.     Analisis isi kandungan pelajaran
4.     Bahan bantu mengajr dan belajar termasuk teknologi
5.     Kaedah pengajaran dan pembelajaran
6.     Pelan penaksiran
7.     Rancangan pengajaran harian

Lepas tu..ade gak belajar tentang INKUIRI SAINTIFIK
 
1. Asking a question/identifying a problem

2. Planning and completing an investigation

3. Answering the question/solving the problem

4. Communicating the results to others



Tugasan : buat techiing unit dari komponen 1 – 3....hantar selepas      cuti raya minggu ke 9..    

Wednesday 5 October 2011





Alhamdulillah, selesai sudah seminar Malaysia dan Nuklear semalam....penceramah dari agensi nuklear pon datang untuk memberi ceramah....semuanya berjalan dengan lancar cuma sokongan daripada penonton tidak begitu membanggakan...walau apa pun..syukur Alhamdulillah....tetapi...aku sangat kecewa dnegan pembentangan kumpulan kami...di mana yang bentang nya aku jugak..apa yang telah aku prepare tiap minggu, semalaman..tetapi tidak disampaikan sepenuhnya...ini kerana faktor masa yang tidak mengizinkan menyebabkan pembentangan kumpulan kami tidak mengikut perancangan yang telah dirancang....sangat2 kecewa...sudah bersedia tetapi tidak diluahkan sepenuhnya,...huhuhu...apa boleh buat,,.bukan rezeki agaknya...lebih2 lagi kumpulan kami kumpulan yang terakhir membuat pembentangan...orang pun bosan.....apa pun..tahniah kepad semua ajk yang terlibat dan terutamanya kepada pensyarah kami Dr Nurul....InsyaALLAH segala kelemahan itu akan dapat kami perbaiki....


Monday 3 October 2011

salam...huhu..kelas rini kami debat..hehehe...wakil pembangkang n kerajaan.....hehehe....aku wakil pembangkang lah...hihihi...sunggup mantap speaker2 kami..hehehe....kerajaan tidak dapat nak patahkan hujah pembangkang,,,,,hihihi,,,seromok debat dalam kelas macam nih.,....sambil tu boleh kembangkan idea kita....esok hari yang dinanti2...seminar Malaysia & nuklear.....harap2 semuanya berjalan dengan lancar...ramai penonton tu...hihihi....gud luck semua.....




Sunday 2 October 2011

1. Tenaga hidroelektrik
Tenaga hidroelektrik merupakan salah satu tenaga alternatif yang popular di negara-negara membangun.  Tenaga ini dapat dijalankan di negara membangun kerana adanya sungai yang mempunyai aliran deras.  Aliran sungai yang deras seperti air terjun membolehkan tenaga elektrik yang tinggi dihasilkan, misalnya di Malaysia yang mempunyai banyak empangan hidroelektrik seperti di Empangan Bakun, Sarawak.  Hal ini demikian kerana aliran air yang jatuh dari puncak air terjun membolehkan turbin digerakkan dan seterusnya menyebabkan generator elektrik menghasilkan tenaga elektrik.
 Bukan itu sahaja, isipadu air yang tetap dan banyak juga penting untuk penjanaan tenaga hidroelektrik.  Isipadu air sungai yang sedikit menyukarkan turbin digerakkan dan secara tidak langsung menyebabkan tenaga elektrik yang terhasil adalah sedikit.  Selain itu, tenaga hidroelektrik merupakan tenaga komersial yang keempat terbesar di peringkat global selepas minyak, arang batu dan gas.  Dalam hal ini, dapat dilihat bahawa tenaga alternatif seperti tenaga hidroelektrik kini telah menjadi penting kepada penduduk dunia untuk membekalkan sumber elektrik.
Tenaga hidroelektrik  juga menjadi komersial kerana tenaga ini bersih dan tidak mencemarkan udara.  Penghasilan tenaga ini tidak membebaskan gas karbon dioksida yang mampu mencemarkan kandungan udara dan bahan radio aktif atau bahan kimia lain yang boleh mencemarkan sungai.  Hal ini berbeza dengan tenaga konvensional seperti petroleum yang mampu mencemarkan kandungan udara sekeliling ketika penghasilan minyak.  Tenaga hidroelektrik juga telah menjadi komersial kerana tenaga ini selamat digunakan dan sangat efisien kepada pengguna.
Di samping itu, tenaga hidroelektrik banyak dijana di negara-negara membangun kerana kebanyakan sungai di negara ini sentiasa mengalir sepanjang tahun.  Hal ini membolehkan tenaga elektrik sentiasa dapat dijana setiap masa.  Tenaga hidroelektrik sukar dijana jika aliran sungai tidak berlaku sepanjang tahun.  Selain itu, negara-negara membangun juga memiliki banyak tempat strategik untuk membina empangan hidroelektrik.  Hal ini membolehkan tenaga hidroelektrik banyak dijana di negara tersebut.  India merupakan salah satu negara yang banyak menjana tenaga hidroelektrik.
 Tambahan lagi, tenaga hidroelektrik juga amat murah untuk dijanakan.  Oleh sebab itu, negara-negara membangun banyak menjana tenaga ini kerana hal ini bersesuaian dengan keadaan kewangan negara membangun yang masih belum begitu kukuh.  Sebaliknya, penjanaan hidroelektrik ini mampu memberikan pulangan yang agak lumayan kerana tenaga ini merupakan salah satu tenaga yang komersial di dunia.

nak update blog cikit...minggu yang sibukk....seminar, debat dan banyak lagi..sekarang pon tengah edit video...huhu....slide power point.....sok nak debat dah..lusa nak seminar...harap2 semuanya berjalan dengan lancar...buat masa nih xde idea lagi nak kongsi apa dalam blog nih....