Baru ade masa nak update blog..sibuk sangat dengar kerja lain,meeting,traning,macam2 lah...huhuhu... kelas minggu nih belajar byk mengenai kemahiran memproses sains. merujuk ke sukatan pelajaran. kelas minggu nih kurang beri perhatian, tidak dapat fokus sangat.sebab demam kot..pening2...huhuhu...senyap je dalam kelas...
KEMAHIRAN MEMPROSES SAINS
Terdapat lebih kurang 12 yang tersenarai, saya akan memberikan penerangan beserta dengan contohnya.
Kursus Orentasi Kurikulum Sains (KOSM), Pusat Perkembangan Kurikulum (PPK), KPM.
1) Memerhati
· Proses mengumpul maklumat tentang object dan fenomena dengan menggunakan sebahagian atau semua deria (seeing,hearing,touching,smelling,tasting).
· Contohnya: the leaf is light green in color or the leaf is waxy and smooth
2) Mengelas
· Proses memerhati dan mengenal pasti objek atau fenomena berdasarkan sifat yang sepunya.
3) Mengukur dan menggunakan nombor
· Kebolehan membuat pemerhatian secara kuantitatif yang melibatkan penggunaan alat piawai
4) Membuat inferens
· Proses membuat kesimpulan awal untuk menerangkan peristiwa atau objek berdasarkan pemerhatian.
5) Meramal
· Proses menentukan dan menjangka peristiwa yang akan berlaku berdasarkan kepada pemerhatian dan pengalaman yang lalu atau data yang boleh dipercayai.
6) Berkomunikasi
· Kemahiran yang merujuk kepada kebolehan menerima, memilih dan mempersembahkan maklumat atau idea dalam pelbagai bentuk
· Contohnya: describing the change in height of a plant over time in writing or througha graph.
7) Menggunakan perhubungan ruang dan masa
· Kebolehan memperihalkan atau menunjukkan lokasi, arah, bentuk dan saiz sesuatu objek dan perubahannya mengikut masa
· proses ini melibatkan memperihalkan perhubungan spatial objek dan perubahannya dengan masa; contohnya adalah pergerakan, arah, bentuk dan penyusunan spatial
8) Mentafsirkan maklumat
· Kebolehan memberi penerangan rasional tentang objek, fenomena, atau pola berdasarkan maklumat yang dikumpul
9) Mendefinisi secara operasi
· Proses memberi definisi tentang sesuatu konsep atau keadaan dengan menyatakan perkara yang perlu dilakukan dan diperhatikan
10) Mengawal pemboleh ubah
· Pemboleh ubah boleh jadi satu faktor, keadaan atau hubungan yang boleh diubah dalam suatu kejadian
11) Membuat hipotesis
· Proses menghasilkan satu kenyataan umum yang difikirkan benar berdasarkan inteferens untuk menerangkan suatu perkara atau peristiwa
· Contohnya: dengan peningkatan luas permukaan akan menambahkan kadar pencairan ais
12) Mengeksperimen
· Kebolehan melaksanakan prosedur untuk menguji sesuatu hipotesis. Merupakan kemahiran proses sains peringkat tinggi
Sumber daripada: http://www.scribd.com/doc/416573/Kemahiran-Proses-Sains
No comments:
Post a Comment