Tuesday 15 November 2011

Assalamualaikum..
Start je hari pertama kuliah pada minggu lepas cuti raya haji nih...ade satu lagi tugasan yang perlu dilaksanakan untuk kursus KPD. Kami perlu menghasilkan produk dan akan dihantar pada hari jumaat ini. Tajuk SAYA, TEKNOLOGI DAN MEDIA. Kami diarahkan oleh Dr Nuruk untuk bekerjasama dalam kumpulan PjBL yang lepas untuk membuat perbimcang tentang persoalan yang telah diberikan. Walaubagaimanapun, setiap ahli kumpulan akan menghasilkan produk masing2. Kami juga digalakkan untuk menggunakan prezi untuk menghasilkan produk ini. Jadi aku kene lah explore prezi nih, dah daftar and dan explore lah semalam..InsyaALLAH boleh buat kot...huhuhu...berusahalah pulun siapkan b4 jumaat. Tugasan ini juga dikira sebagai ujian kedua iaitu markah sebanyak 10%.

SAYA, TEKNOLOGI DAN MEDIA




Budaya pembelajaran sentiasa berubah. Teknologi dan media memainkan peranan utama dalam transformasi tersebut. Pendidik dan pelajar merubah pengalaman bilik darjah dengan peningkatan penggunaan teknologi dan media sebagai komponen penting dalam pembelajaran.
Hasilnya sekolah beransur-ansur menyerupai dunia sebenar, sehingga menjadikannya lebih berharga, relevan, dan berguna kepada semua pihak yang terbabit. Bukankah ini merupakan sesuatu yang sangat didambakan? Namun terdapat begitu banyak teknologi di luar sana terutama yang berkaitan dengan ICT (yang dikenali sebagai Web 2.0): Wiki, Blog, Prezi, jaringan sosial dan sumber yang hampir tidak ada batasan di Internet.
Guru, seperti juga kebanyakan orang, yang tiada kecenderungan kepada teknologi dan dunia dalam talian kemungkinan akan berasa “lemas”. Namun sebagai seorang guru abad ke-21 anda harus berusaha mendampingi dan menerima dengan hati yang terbuka semua teknologi dan media yang mampu menyokong pengajaran dan pembelajaran abad ke-21.
Oleh itu, bagaimana dan di mana anda boleh memulakan perjalanan pembelajaran anda dalam mengintegrasi teknologi dan media di bilik darjah anda di samping menggunakannya sebagai pemangkin perkembangan profesionalisme? Bagaimana anda boleh mengikuti perkembangan landskap teknologi dan media yang hampir setiap hari berubah?

APA YANG PERLU DILAKUKAN??

Tugasan : Gunakan persoalan di atas sebagai titik tolak dan dorongan bagi menghasilkan satu
rancangan perjalanan pembelajaran anda dalam mengintegrasi teknologi dan media di bilik darjah anda kelak. Huraikan setiap langkah atau keputusan yang anda ambil di sepanjang perjalanan tersebut serta semua teknologi dan media lama dan baru yang akan anda integrasi di bilik darjah beserta justifikasi pemilihan. Gunakan kreativiti dan teknologi ICT untuk menghasilkan satu visual perjalanan yang bukan saja berinformasi bahkan menarik. Paparkan rancangan ini dalam blog anda.


No comments:

Post a Comment