Thursday 12 January 2012

hureeyyyyy......balik kampung...hihi...bas gerak 12 am mlm nih...tapi flight pg esok...hehehe....xsabar nyer nak jmpa family...hehehe...Alhamdulillah...tamat dah sem 5....kih3x...nak berehat di rumah selama sebulan....kih3x...jadi bibik lah tuuu....hihihi.....






Tuesday 10 January 2012

salam....lama dah x bukak fb..maklumlah final exm....ada 2 ppr lagi nih...xsbr nya nak balik...huhuhu....lmbt rasanya ppr nih nak hbs....kaung3x...rumate dah lama balik...semggu dah kat umah..aku ade lagi nih kat upsi....aiiyaaaa.......

Tuesday 27 December 2011

13 LANGKAH HILANGKAN NGANTUK DAN TEKANAN...


huhu....time2 stdy week nih biasalah....kawan bagi link kat fb...so nak share lah n kawan2....kih3x...buat jgn x buat....berkesan...lawak + lucu but best...kih3x....
Di sini terdapat beberapa langkah senaman yang boleh menghilangkan rasa mengantuk dan tekanan. Kepada mereka yang selalu rasa mengantuk ataupun tengah mengalami tekanan, Sila ikuti dan lakukan senaman ini. Selamat Mencuba!!
LANGKAH 1
Ini adalah ala taichi sikit la… sebagai permulaan untuk memanaskan badan..
LANGKAH 2
Tiru la macam ni… untuk melegakan bahu dan leher anda..
LANGKAH 3
wa..wa..aaa
LANGKAH 4
Gerak kekanan kemudian ke kiri..
LANGKAH 5
Gerak ke kiri kemudian ke kanan. Ikut sahajalah… jangan terpusing kepala sudah la..
LANGKAH 6
Tepuk kuat kuat kat dahi.. Ini untuk menghilangkan mengantuk..
LANGKAH 7
Selepas itu buat gerakan tangan dan badan… buat macam gembira je..
LANGKAH 8
Kemudian goyang-goyangkan kaki dan badan sedikit… Lakukan seperti kita tiada masalah…
LANGKAH 9
Lakukan secara agresif pula… Jangan peduli apa orang lain kata..
LANGKAH 10
Hilangkan semua tekanan…
LANGKAH 11
pusingkan kepala…
LANGKAH 12
tengok muka kat cermin sambil goyang2.. lawa tak…
LANGKAH 13
Akhir sekali lakukan joget kucing…
————–
Sekian….SELAMAT MENCUBA>>>

Sunday 25 December 2011



salam...hai kawan2....huhuhu...diriku dalam kebosanan....bosan yang teramat sangat....minggu stdy week nih semua member balik...huhuhu..housemate pon balik...nasib baik rumate x balik....sunyi sepi jer upsi nih..lebih2 lagi time malam..nasib baik ade zu x balik....stdy week tapi stdy baru sikit...stdy sikit jer ngatok, tengok fb lah, tengok movie lah...macam2 je gangguan....dengar lagu of cos lah...on hot fm jer....wawawawa....ase macam dah cuti jer bab xde gat orang kat kolej...padahal final exam x start ag....kuang3x...apa2 pun saje2 tulis kat blog nih bab terlampau bosan....kih3x....


stdy sorang2....p jadi gak stdy kalau sorang2 nih..jadi rajin pulak....hehehe....


Pesanan cikgu-cikgu awal tahun 2012 nanti :

Form 1 = Selamat datang ke sekolah menengah .
Form 2 = Jangan banyak main , tahun depan nak PMR .
Form 3 = Tahun ni kamu PMR , buat elok elok , nak tentu bidang apa Form 4 nanti
Form 4 = Jangan ingat kamu Honeymoon tahun ni ye .
Form 5 = Tahun ni SPM , jangan nak bercinta . masa depan kamu tuu...

betol ke nih???kih3x....

nak share lawak lah...kih3x....

Dalam satu kelas bahasa melayu .


Cikgu : rizal , sila buat ayat menggunakan perkataan tepung .
Rizal : ok ! Mak saya makan kek pisang .
Cikgu : mana tepungnya ?
Rizal : tepungnya dah jadi kek la cikgu . Cikgu tak reti masak kek ke ?
Cikgu : hm , yela .

nih satu lagi

LIM0H : Moh, kau reti mengaji Quran?
TIMOH : Reti laa siket2..xpi aq bca merangkak-rangkak lagi la..
LIMOH : Lerrr knp ter0k sgt?? kesiannn...
TIMOH : Knp kesian pulak??..jnji aq reti laa jgk mngaji..berbanding org laen yg x tau mngaji lnsong...
LIMOH : X la..kesiann laa kat kau...pasal owg laen mngaji el0k je duduk ..ses0pan agi..yg kau pulak, ngaji merangkak-rangkak tu buat pew..ssh sgt ke smpai x leh duduk??
TIMOH : (DALAM ATI) hampehh punye kwn..aq lempang jgk kan..--..--!!





Monday 19 December 2011

20, December 2011

Salam semua.....huhuhu....sedih2...hari nih adalah hari terakhir untuk kelas KPD 3016 nih...selama 1 sem iaitu 14 minggu aku belajar KPD. Banyak input , pengalaman, ilmu pengetahuan, skill2 yang telah aku pelajari. semua ini akan digunakan dan diaplikasikan untuk aku mengajar kelak. InsyaALLAH.Ucapan terima kasih yang tidak terhingga buat pensyarah aku Dr Nurulhuda yang telah banyak memberikan tunjuk ajar dan ilmu pengetahuan yang sangat berguna kepada kami semua. 

Selepas ini, blog ini akan aku sambung terus dengan KPD 2 yang akan dipeljari semester depan. Lame lagi nyer...bulan 2 tahun depan baru start semester baru...Sementara menunggu semester hadapan, aku akan update blog nih dengan aktiviti yang lain lah yer...

Akhir kata, doakan saya untuk final exam k. 2 minggu akan datang. minggu nih last minggu kuliah, minggu depan stdy week then my first paper 3 january....


Monday 12 December 2011

Tuesday, 13 december 2011

selamat tengah hari kawan-kawan....dah makan ke blm nih.....???...saya baru lepas makan....Alhamdulillah....

hehehehehe.....nak update blog untuk pembelajaran hari ini pulak.....agak-agak nyer apa ekkk? kuliah pagi tadi poun belajar tajuk yang baru..iaituu.....

PENSKORAN, PENGGREDAN, PENAFSIRAN DAN PELAPORAN.

Berdasarkan kuliah yang diberi...saya dapat lah sedikit info apa itu maksud2 perkataan ini;

1.PENSKORAN

  •  penskoran ialah proses memberi skor kepada jawapan pelajar.
  • terbahagi kepada 2 kaedah iaitu penskoran holistik dan penskoran analitik.
  • penskoran analitik ini lebih tinggi lah kesahan nya kerana dinilai dari pelbagai kriteria
  • terdapat 2 jenis skor iaitu:


    • skor mentah-contohnya 45/50
    • skor terbitan- contohnya dalam bentuk peratus


2. PENGGREDAN
-penggredan ialah proses memberi gred keatas jawapan atau skor pelajar dalam bentuk abjad.
-terbahagi kepada 2 iaitu:

  • penggredan rujukan norma-contonhnya dalam spm, kalau tiada seorang pelajar pun yang dapat 80 markah, jadi gred akan diturunkan dan pelajar yang mendapat markah 70 markah sudah boleh mendapat A.
  • penggredan rujukan kriteria-contohnya kalau nak dapat A mesti dapat markah 80 dan keatas, kalau tiada sorang pun yang dapat 80, maka tiada lah yang dapat A.


3. PELAPORAN

  • pelaporan ialah proses memberi maklum balas kepada ibubapa/penjaga tentang pretasi pelajar.
  • antara kaedah pelaporan adalah dengan penilaian bertulis, gred abjad dan konferen.


Selepas itu, kuliah kami pada hari ini diteruskan pula dengan aktiviti meneroka menggunakan kaedah pembelajaran koperatif yang penah kami jalankan juga sebelum ini iaitu JIGSAW....

soalannya:

  • Bagaimanakan menentukan kedudukan pelajar berdasarkan penggredan rujukan norma menggunakan kaedah persetil dan stanine?
  • Bagaimankah penskoran holistik dan analitik dijalankan?


seperti biasalah, 1 kumpulan 4 orang, pelajar dalam kumpulan ASAL diberikan nombor 1-4 kemudian membuat perbincangan mengikut kumpulan PAKAR.Saya pegang nombor 2 dan kene cari maklumat pasal stanine. Agak susah lah nak faham kaedah stanine nih...stanine nih boleh dikatan standard 9 yang membahagikan 9 ketegori. Banyak jugak langkah-langkah nya...kumpulan PAKAR kami pun x pakar2 lagi pasal tajuk nih...sampai habis masa kuliah still x jelas lagi macam mana sebenarnya. kene tahu standard score, kena kira lagi...pening jugak dibuatnya...so kesimpulannya, fasa yang kedua menstruktur idea ini dipanjangkan sampai lah ke minggu hadapan hari isnin....lega2..tapi kena cari penyelasaiannya jugak...

WILL BE CONTINUED.............


ok..saya sambung je lah sini k..semalam xsempat nak bukak blog lepas kelas...huhuhu...semalam masing2 ahli dalam kumpulan PAKAR telah pakar dan kami masuk semula kepada kumpulan ASAL. Selepas itu, setiap ahli kumpulan PAKAR mestilah pakar pasal penskoran holistik, analitik, pensentil dan stanine. Last sekali, Dr memberikan 3 soalan dan kumpulan yang mendapat markah tinggi akan dapat markah bonus.


saya pon dah pakar jugak pasal stanine nih. sebenarnya stanine nih digunakan untuk menentukan kedudukan pelajar dengan pelajar yang lain dan kita akan tukarkan skor yang pelajar dapat tu dalam bentuk stanine.sebagai contoh kita bahagikan 1 kelas tu 9 bahagian lah kita boleh rujuk kepada normal distribution graph supaya lebih faham.huhuhuhu....




Pastu leh lah cerita sedikit perbezaan penskoran analitik dan holistik nih sekali. kalau penskoran holistik, ianya lebih menyeluruh merangkumi semua, kalau penskoran analitik nih lebih terperinci, setiap komponen dilihat dan penskoran analitik mempunyai kesahan yang lebih tinggi berbanding penskoran holistik. contoh dalam karangan, kalau penskoran analitik, kita akan lihat markah bagi setiap komponen iaitu dari segi tatabahasa, ejaan, isi, penutup dan sebagainya. tapi untuk penskoran holistik kita bagi skor secara keseluruhan dan umum sahaja.