Monday 12 December 2011

Tuesday, 13 december 2011

selamat tengah hari kawan-kawan....dah makan ke blm nih.....???...saya baru lepas makan....Alhamdulillah....

hehehehehe.....nak update blog untuk pembelajaran hari ini pulak.....agak-agak nyer apa ekkk? kuliah pagi tadi poun belajar tajuk yang baru..iaituu.....

PENSKORAN, PENGGREDAN, PENAFSIRAN DAN PELAPORAN.

Berdasarkan kuliah yang diberi...saya dapat lah sedikit info apa itu maksud2 perkataan ini;

1.PENSKORAN

  •  penskoran ialah proses memberi skor kepada jawapan pelajar.
  • terbahagi kepada 2 kaedah iaitu penskoran holistik dan penskoran analitik.
  • penskoran analitik ini lebih tinggi lah kesahan nya kerana dinilai dari pelbagai kriteria
  • terdapat 2 jenis skor iaitu:


    • skor mentah-contohnya 45/50
    • skor terbitan- contohnya dalam bentuk peratus


2. PENGGREDAN
-penggredan ialah proses memberi gred keatas jawapan atau skor pelajar dalam bentuk abjad.
-terbahagi kepada 2 iaitu:

  • penggredan rujukan norma-contonhnya dalam spm, kalau tiada seorang pelajar pun yang dapat 80 markah, jadi gred akan diturunkan dan pelajar yang mendapat markah 70 markah sudah boleh mendapat A.
  • penggredan rujukan kriteria-contohnya kalau nak dapat A mesti dapat markah 80 dan keatas, kalau tiada sorang pun yang dapat 80, maka tiada lah yang dapat A.


3. PELAPORAN

  • pelaporan ialah proses memberi maklum balas kepada ibubapa/penjaga tentang pretasi pelajar.
  • antara kaedah pelaporan adalah dengan penilaian bertulis, gred abjad dan konferen.


Selepas itu, kuliah kami pada hari ini diteruskan pula dengan aktiviti meneroka menggunakan kaedah pembelajaran koperatif yang penah kami jalankan juga sebelum ini iaitu JIGSAW....

soalannya:

  • Bagaimanakan menentukan kedudukan pelajar berdasarkan penggredan rujukan norma menggunakan kaedah persetil dan stanine?
  • Bagaimankah penskoran holistik dan analitik dijalankan?


seperti biasalah, 1 kumpulan 4 orang, pelajar dalam kumpulan ASAL diberikan nombor 1-4 kemudian membuat perbincangan mengikut kumpulan PAKAR.Saya pegang nombor 2 dan kene cari maklumat pasal stanine. Agak susah lah nak faham kaedah stanine nih...stanine nih boleh dikatan standard 9 yang membahagikan 9 ketegori. Banyak jugak langkah-langkah nya...kumpulan PAKAR kami pun x pakar2 lagi pasal tajuk nih...sampai habis masa kuliah still x jelas lagi macam mana sebenarnya. kene tahu standard score, kena kira lagi...pening jugak dibuatnya...so kesimpulannya, fasa yang kedua menstruktur idea ini dipanjangkan sampai lah ke minggu hadapan hari isnin....lega2..tapi kena cari penyelasaiannya jugak...

WILL BE CONTINUED.............


ok..saya sambung je lah sini k..semalam xsempat nak bukak blog lepas kelas...huhuhu...semalam masing2 ahli dalam kumpulan PAKAR telah pakar dan kami masuk semula kepada kumpulan ASAL. Selepas itu, setiap ahli kumpulan PAKAR mestilah pakar pasal penskoran holistik, analitik, pensentil dan stanine. Last sekali, Dr memberikan 3 soalan dan kumpulan yang mendapat markah tinggi akan dapat markah bonus.


saya pon dah pakar jugak pasal stanine nih. sebenarnya stanine nih digunakan untuk menentukan kedudukan pelajar dengan pelajar yang lain dan kita akan tukarkan skor yang pelajar dapat tu dalam bentuk stanine.sebagai contoh kita bahagikan 1 kelas tu 9 bahagian lah kita boleh rujuk kepada normal distribution graph supaya lebih faham.huhuhuhu....




Pastu leh lah cerita sedikit perbezaan penskoran analitik dan holistik nih sekali. kalau penskoran holistik, ianya lebih menyeluruh merangkumi semua, kalau penskoran analitik nih lebih terperinci, setiap komponen dilihat dan penskoran analitik mempunyai kesahan yang lebih tinggi berbanding penskoran holistik. contoh dalam karangan, kalau penskoran analitik, kita akan lihat markah bagi setiap komponen iaitu dari segi tatabahasa, ejaan, isi, penutup dan sebagainya. tapi untuk penskoran holistik kita bagi skor secara keseluruhan dan umum sahaja.

No comments:

Post a Comment