Monday, 12 December 2011

Tuesday, 13 december 2011

selamat tengah hari kawan-kawan....dah makan ke blm nih.....???...saya baru lepas makan....Alhamdulillah....

hehehehehe.....nak update blog untuk pembelajaran hari ini pulak.....agak-agak nyer apa ekkk? kuliah pagi tadi poun belajar tajuk yang baru..iaituu.....

PENSKORAN, PENGGREDAN, PENAFSIRAN DAN PELAPORAN.

Berdasarkan kuliah yang diberi...saya dapat lah sedikit info apa itu maksud2 perkataan ini;

1.PENSKORAN

  •  penskoran ialah proses memberi skor kepada jawapan pelajar.
  • terbahagi kepada 2 kaedah iaitu penskoran holistik dan penskoran analitik.
  • penskoran analitik ini lebih tinggi lah kesahan nya kerana dinilai dari pelbagai kriteria
  • terdapat 2 jenis skor iaitu:


    • skor mentah-contohnya 45/50
    • skor terbitan- contohnya dalam bentuk peratus


2. PENGGREDAN
-penggredan ialah proses memberi gred keatas jawapan atau skor pelajar dalam bentuk abjad.
-terbahagi kepada 2 iaitu:

  • penggredan rujukan norma-contonhnya dalam spm, kalau tiada seorang pelajar pun yang dapat 80 markah, jadi gred akan diturunkan dan pelajar yang mendapat markah 70 markah sudah boleh mendapat A.
  • penggredan rujukan kriteria-contohnya kalau nak dapat A mesti dapat markah 80 dan keatas, kalau tiada sorang pun yang dapat 80, maka tiada lah yang dapat A.


3. PELAPORAN

  • pelaporan ialah proses memberi maklum balas kepada ibubapa/penjaga tentang pretasi pelajar.
  • antara kaedah pelaporan adalah dengan penilaian bertulis, gred abjad dan konferen.


Selepas itu, kuliah kami pada hari ini diteruskan pula dengan aktiviti meneroka menggunakan kaedah pembelajaran koperatif yang penah kami jalankan juga sebelum ini iaitu JIGSAW....

soalannya:

  • Bagaimanakan menentukan kedudukan pelajar berdasarkan penggredan rujukan norma menggunakan kaedah persetil dan stanine?
  • Bagaimankah penskoran holistik dan analitik dijalankan?


seperti biasalah, 1 kumpulan 4 orang, pelajar dalam kumpulan ASAL diberikan nombor 1-4 kemudian membuat perbincangan mengikut kumpulan PAKAR.Saya pegang nombor 2 dan kene cari maklumat pasal stanine. Agak susah lah nak faham kaedah stanine nih...stanine nih boleh dikatan standard 9 yang membahagikan 9 ketegori. Banyak jugak langkah-langkah nya...kumpulan PAKAR kami pun x pakar2 lagi pasal tajuk nih...sampai habis masa kuliah still x jelas lagi macam mana sebenarnya. kene tahu standard score, kena kira lagi...pening jugak dibuatnya...so kesimpulannya, fasa yang kedua menstruktur idea ini dipanjangkan sampai lah ke minggu hadapan hari isnin....lega2..tapi kena cari penyelasaiannya jugak...

WILL BE CONTINUED.............


ok..saya sambung je lah sini k..semalam xsempat nak bukak blog lepas kelas...huhuhu...semalam masing2 ahli dalam kumpulan PAKAR telah pakar dan kami masuk semula kepada kumpulan ASAL. Selepas itu, setiap ahli kumpulan PAKAR mestilah pakar pasal penskoran holistik, analitik, pensentil dan stanine. Last sekali, Dr memberikan 3 soalan dan kumpulan yang mendapat markah tinggi akan dapat markah bonus.


saya pon dah pakar jugak pasal stanine nih. sebenarnya stanine nih digunakan untuk menentukan kedudukan pelajar dengan pelajar yang lain dan kita akan tukarkan skor yang pelajar dapat tu dalam bentuk stanine.sebagai contoh kita bahagikan 1 kelas tu 9 bahagian lah kita boleh rujuk kepada normal distribution graph supaya lebih faham.huhuhuhu....




Pastu leh lah cerita sedikit perbezaan penskoran analitik dan holistik nih sekali. kalau penskoran holistik, ianya lebih menyeluruh merangkumi semua, kalau penskoran analitik nih lebih terperinci, setiap komponen dilihat dan penskoran analitik mempunyai kesahan yang lebih tinggi berbanding penskoran holistik. contoh dalam karangan, kalau penskoran analitik, kita akan lihat markah bagi setiap komponen iaitu dari segi tatabahasa, ejaan, isi, penutup dan sebagainya. tapi untuk penskoran holistik kita bagi skor secara keseluruhan dan umum sahaja.

MONDAY, 12 December 2011

Salam kepada semua sahabat....bertemu kembali di minggu ke -13 ini....ahaaaaaa......semakin hampir dengan minggu terakhir pada semester ini.....minggu nih saya nak kongsi pulak pasal tajuk yang baru...iaituuuu.....




KESAHAN DAN KEBOLEHPERCAYAAN
mari kita tengok dulu apa itu kesahan nih ok...
KESAHAN
* Maksud yang lebih tepat lagi bagi kesahan ialah merujuk kepada darjah ketepatan proses penaksiran menaksir konsep tertentu yang hendak diukur oleh penilai.
contonh: mengukur sama ada pelajar boleh mengajar atau tidak....?? jadi kita boleh hantar pelajar tersebut pergi praktikum dan ianya nerupakan darjah kesahan yang tinggi umtuk mengukur pelajar tersebut boleh mengajar atau tidak.


* Kesahan boleh dibahagi kepada 2 tau kawan-kawan, iaitu:
1. Kesahan instrumen
- maksudnya sejauh mana instrumen mengukur apa yang sepatutnya diukur oleh penilai.
- terdapat 3 kesahan instrumen iaitu kesahan instrumen kandungan, kesahan instrumen kriteria dan kesahan instrumen konstruk.
Contonhya: apa yang hendak diukur - pelajar boleh mengajar atau tidak...
                  instrumennya ialah rubric..
2. Kesahan inference/kesimpulan
- kalau kesahan kesimpulan ini pula, ianya banyak bergantung kepada apa yang berlaku sebelumnya.


sekarang, kita tengok pulak maksud kebolehpercayaan ini...boleh cayer ke nih..hehehe..


KEBOLEHPERCAYAAN
* maksudnya yang paling tepat ialah merujuk kepada ketekalan ( consistency ) alat pengukur dalam mengukur aspek yang hendak diukur.
* kita boleh katakan bahawa alat yang berkebolehpercayaan memberikan jawapan yang consisten iaitu ketekalan.


BAGAIMANA KITA BOLEH MENENTUKAN KEBOLEHPERCAYAAN UJIAN???
1. KAEDAH UJI-UJI 
- untuk kaedah ini, pelajar diberi ujian yang sama 2 kali pada masa yang berlainan. selepas itu, tentukan korelasi pearson antara pasangan skor yang diperoleh setiap pelajar.
2. KAEDAH KESETARAAN 
- kaedah ini pula menggunakan 2 ujian yang berlainan tetapi setara yang ditakbir pada hari yang sama kemudian tentukan korelasi.
3. KETEKALAN ANTARA PEMERIKSA 
- cara ini pula dilakukan dimana ujian yang sama diperiksa oleh 2 atau lebih pemeriksa dan skor yang diberi dibandingkan. kaedah ini sesuai digunakan dalan soalan esei.
4. KETEKALAN DALAMAN 
- gunakan formula kuder-Richandson atau pekali alfa. pelajar mengambil ujian sekali shaja.
* persamaan antara kuder-Richandson dengan pekali alfa
- kedua-duanya digunakan untuk menentukan kebolehpercayaan sesuatu instrumen.
*perbezaan antara kuder-Richandson dengan pekali alfa
 kuder-Richandson = mengukur kebolehpercayaan yang tiada jawapan yang tepat.
                                 contoh: mengukur motivasi, mengukur pendapat politik sekarang
pekali alfa = mengukur kebolehpercayaan yang ada jawapan tepat.
                   contonh: ujian fizik untuk menguji kefahaman pelajar.
5. KAEDAH BELAH DUA
- ujian yang sama dibahagi kepada 2 dan skor bagi setiap bahagian ditentukan korelasinya.

FAKTOR MEMPENGARUHI KEBOLEHPERCAYAAN
1. Panjang ujian - lebih panjang, lebih tinggi kebolehpercayaan
2. Waktu mengadakan ujian
3. Jenis ujian - objektif / esei
4. Skema pemarkahan dan penilaian.


Akhir sekali, mari kita sama2 lihat perkaitan antara kesahan dan kebolehpercayaan ini..
KAITAN ANTARA KESAHAN DAN KEBOLEHPERCAYAAN
  • kesahan akan memastikan ujian yang dibina menepati matlamat ujian itu dibina manakala kebolehpercayaan pula memastikan ketekalan dalam pengukuran pencapaian murid dalam ujian.
  • ujian yang sah semestinya ada kebolehpercayaan kerana ia perlu ada kebolehpercayaan dahulu barulah dikira sah.
  • ujian yang ada kebolehpercayaan tidak semestinya sah.
  • * kesahan lebih penting daripada kebolehpercayaan.




esok ade kelas KPD nih lagi tau...so tunggu dan lihat ape pulak yang akan saya kongsikan bersama kawan-kawan semua esok okey.....salam.....;)..

Thursday, 8 December 2011

Assalamialaukum....kih3x..sekarang dah di akhir minggu ke -12..tingal 2 minggu je lagi nak masuk minggu study week.. pastu final exam..huhuhu...takut pulak..tapi banyak lagi assgmnt yang perlu dihantar..teaching unit kene hantar. pastu minggu last2 nih lah banyak exam...wawawa...1 bln lagi nak habis sem 5 nih...mood sekarang..pulun siapkan assgmnt..

Nih nak buat lawak ckit..kih3x...

Seorang anak melihat/memeriksa tapak kaki ayahnya yang sedang membaca

surat khabar..

Ayah: Eh apa kamu buat ni?

Anak: Cikgu cakap Syurga di bawah telapak kaki ibu...

Ayah: Habis tu?

Anak: Neraka mesti di bawah telapak kaki ayah kan?

Ayah: Kejap lagi kaki neraka ni hinggap kat kepala ko!


Ustazah: "Saya tdk pernah tolak hukum poligami."

Jamaah: "Wah, hebat Ustazah!"

Ustazah: "Saya tdk pernah melarang para suami nikah lagi."
...
Jamaah: "Wah, benar2 top Ustazah."


Ustazah: "Yang penting..."

Jamaah: "Yang penting...adil eh Ustazah?"

Ustazah: "Bukan. Yang penting...bukan suami saya!!!




NIH YANG LAST

Anak: Ibu tadi ada seorang pelajar tu jatuh dari kerusi.

Ibu: Jadi?

Anak: Semua orang gelak, jahat betul, tapi saya tak gelak...

Ibu: Awak anak yg baik. (lalu Ibu mencium dahi anak nya)

Anak: Ibu nak tahu siapa yg jatuh tu?

Ibu: Siapa?

Anak: Sayalah.
Ibu: Cis



MINGGU DEPAN SAMBUNG LAGI YER...



Monday, 5 December 2011

Hari di sambung pulak dengan tajuk pembelajaran yang baru iaitu Penaksiran, Pengujian, Pengukuran dan Penilaian. Di awal kuliah, saya telah diarahkan untuk membina jadual (KWHL) kemudian mengisi kotak KNOW ( pengetahuan sedia ada aku), HOW (macam mana nak tahu)cdan WHAT ( apa yang aku nak tahu). Manakala kotak LEARN tersebut diisi selepas mendengar penerangan daripada Dr.


Banyak jugak kesilapan dari segi maksud yang aku KNOW...tapi dah dengar kuliah...tahu banyak lah n boleh diperbaiki. untuk maksud penaksiran tu memang betol sebab aku dah pelajar before nih. belajar dari kesilapan..


KNOW
WHAT
HOW
LEARN
Penaksiran ialah satu proses mengumpul data tentang apa yang pelajar tahu yang apa yang mereka boleh lakukan.
-maksud sebenar penaksiran
-cari maklumat di internet
-berbincang dengan kawan
-proses mengumpul data tentang apa yang pelajar tahu dan boleh lakukan.
-proses mengumpul data yang boleh menghasilkan maklumat bagi tujuan menilai prestasi pelajar mengenai pengetahuan dan kemahiran yang dihargai.
-contoh alat penaksiran: kertas ujian, soalan2, rubric dan lain2.
-terdapat 3 pengelasan penaksiran antaranya ialah pengelasan berdasarkan tujuan, ketulenan, dan cara bagaimana data yang dikumpul itu dinilai dan ditafsir.
Pengujian ialah proses untuk mengenal pasti tahap kefahaman pelajar.
-apa itu pengujian
-cara untuk menguji
-cari maklumat di internet
-melihat nota
-pengujian ialah pentaksiran yang menggunakan ujian yang lebih sistematik.
Pengukuran dilakukan untuk mendapatkan keputusan yang lebih tepat dan jelas.
-definisi pengukuran
-bagaimana untuk melakukan pengukuran
-minta pendapat pelajar
-layari internet
-proses menyatakan kuantiti dimana skala standard atau alat pengukur diaplikasikan kepada objek, peristiwa atau keadaan.
Peilaian dilakukan untuk mengetahui sejauhmana pelajar memahami sesuatu pembelajaran dan untuk mengetahui sama ada objektif kita tercapai atau tidak.
-apakah maksud penilaian
-bagaimana untuk membuat penilaian
-membaca nota
-melayari internet
- proses menghakimi atau mengadili dengan membandingkan data.

Sunday, 4 December 2011

sambung balik pembelajaran hari ini...kih3x....


hari ini, kami turun pembelajari tentang:

Teknik memupuk Pemikiran analitikal dan kreatif antaranya ialah:
1. penggunaan peta minda, peta konsep dan Advance organizer
2. penggunaan analogi
3. penggunaan metafora

         sebelum ini, kami telah pun mempelajari tentang peta minda, peta konsep dan juga pernah membuat peta konsep serta advance organizer contohnya menggunakan (KWHL). Pada hari ini , kami akan mempelajari asatu lagi benda baru iaitu penggunaan analogi. 

PENGGUNAAN ANALOGI P*
        * kaedah analogi digunakan untuk membina jambatan konsep untuk pelajar bagi menghubungkan apa yang diketahui (konsep analog) dengan apa yang baru (konsep target).

Terdapat 6 langkah utama Model Pengajaran dengan Analog (Glynn, 1995):
1. perkenalkan konsep target
2. ulang kaji konsep analog
3. kenal pasti ciri-ciri relevan konsep target da analog
4. petakan ciri yang serupa
5. tunjukkan di mana analogi tidak sepadan
6. buat kesimpulan
 pe
Tugasan kami ialah membuat satu contoh model pengajaran dengan analogi dalam kumpulan dan kumpulan saya telah memilih satu analogi yang iaitu pembiasan cahaya (refraction of light).

 *perkenalkan konsep target dan ulangkaji konsep analog:

Target = refraction of light
Analog = soldier march


The bending of waves as they obliquely (some angle other than along the normal) enter a new medium. The bending is caused by one side of the wave changing speed before the other side.   Going from a fast medium into a slower medium will cause the ray of light to bend toward the normal.

*kenal pasti ciri-ciri relevan konsep target dan analog:

A useful analogy in explaining the refraction of light would be to imagine a marching band as they march from pavement (a fast medium) into mud (a slower medium)  The marchers on the side that runs into the mud first will slow down first.  This causes the whole band to pivot slightly toward the normal (make a smaller angle from the normal) .



*petakan ciri yang serupa seperti dalam jadual ini:


*tunjukan dimana analogi tidak sepadan:
-pembiasan cahaya tersebut kita tidak dapat lihat dengan jelas bagaimana ianya berlaku, tetapi untuk analog askar yang berkawad tu kita boleh lihat bagaimana ianya berlaku.

Akhir sekali membuat kesimpulan iaitu berlaku pembengkokan adalah disebabkan oleh perubahan pecutan. Di akhir kelas ini, kami diminta untuk membentangkan hasil yang telah dibincangkan.

Nih video cikgu ayu ajar..p banyak Dr yang cakap...kah3x....xper... tapi maaflah video nyer senget pulak..sengek lah kepala anda....kih3x...masalah teknikal.


     


Pada hari ini, kami telah diarahkan untuk mengimbas kembali kaedah2 pembelajaran yang telah dipelajari dengan memberikan huraikan secara ringkas tentang kaedah pembelajaran tersebut.



1. Pembelajaran Inkuri
* 1 kaedah pembelajaran yang dimulakan dengan soalan2 dan pelajar akan merangka penyiasatan berdasarkan 4 langkah iaitu dimulakan dengan soalan, kemudian merancang dan melakukan penyiasatan, analisis datan dan hasil dapatan dan di akhir pembelajaran, pelajar akan membuat pembentangan.

2. Pembelajran Berasakan Pemikiran
* 1 kaedah pembelajaran dimana pembinaan kemahiran secara kreatif dan krisis disampaikan secara terus atau eksplisit.

3.Pembelajaran Berasaakan Masalah
* 1 kaedah pembelajaran yang dimulakan dengan masalah yang berkaitan dengan kehidupan sebenar. which is not onlt one correct answer for that problem.

4. Pembelajaran Koperatif
* pembelajaran dimana pelajar belajar dalam kumpulan yang dibahagikan secara heterogenous untuk mencapai satu matlamat yang sama berasakan 5 prinsip. ( prinsip pembelajaran koperatif yang telah saya nyatakan minggu lepas)

5. Pembelajaran Berasaskan Projek
* 1 kaedah dimana pelajar mejalankan 1 projek dan menghasilkan satu produk yang akan dipersembahkan diakhir projek tersebut.