Monday 12 December 2011

MONDAY, 12 December 2011

Salam kepada semua sahabat....bertemu kembali di minggu ke -13 ini....ahaaaaaa......semakin hampir dengan minggu terakhir pada semester ini.....minggu nih saya nak kongsi pulak pasal tajuk yang baru...iaituuuu.....




KESAHAN DAN KEBOLEHPERCAYAAN
mari kita tengok dulu apa itu kesahan nih ok...
KESAHAN
* Maksud yang lebih tepat lagi bagi kesahan ialah merujuk kepada darjah ketepatan proses penaksiran menaksir konsep tertentu yang hendak diukur oleh penilai.
contonh: mengukur sama ada pelajar boleh mengajar atau tidak....?? jadi kita boleh hantar pelajar tersebut pergi praktikum dan ianya nerupakan darjah kesahan yang tinggi umtuk mengukur pelajar tersebut boleh mengajar atau tidak.


* Kesahan boleh dibahagi kepada 2 tau kawan-kawan, iaitu:
1. Kesahan instrumen
- maksudnya sejauh mana instrumen mengukur apa yang sepatutnya diukur oleh penilai.
- terdapat 3 kesahan instrumen iaitu kesahan instrumen kandungan, kesahan instrumen kriteria dan kesahan instrumen konstruk.
Contonhya: apa yang hendak diukur - pelajar boleh mengajar atau tidak...
                  instrumennya ialah rubric..
2. Kesahan inference/kesimpulan
- kalau kesahan kesimpulan ini pula, ianya banyak bergantung kepada apa yang berlaku sebelumnya.


sekarang, kita tengok pulak maksud kebolehpercayaan ini...boleh cayer ke nih..hehehe..


KEBOLEHPERCAYAAN
* maksudnya yang paling tepat ialah merujuk kepada ketekalan ( consistency ) alat pengukur dalam mengukur aspek yang hendak diukur.
* kita boleh katakan bahawa alat yang berkebolehpercayaan memberikan jawapan yang consisten iaitu ketekalan.


BAGAIMANA KITA BOLEH MENENTUKAN KEBOLEHPERCAYAAN UJIAN???
1. KAEDAH UJI-UJI 
- untuk kaedah ini, pelajar diberi ujian yang sama 2 kali pada masa yang berlainan. selepas itu, tentukan korelasi pearson antara pasangan skor yang diperoleh setiap pelajar.
2. KAEDAH KESETARAAN 
- kaedah ini pula menggunakan 2 ujian yang berlainan tetapi setara yang ditakbir pada hari yang sama kemudian tentukan korelasi.
3. KETEKALAN ANTARA PEMERIKSA 
- cara ini pula dilakukan dimana ujian yang sama diperiksa oleh 2 atau lebih pemeriksa dan skor yang diberi dibandingkan. kaedah ini sesuai digunakan dalan soalan esei.
4. KETEKALAN DALAMAN 
- gunakan formula kuder-Richandson atau pekali alfa. pelajar mengambil ujian sekali shaja.
* persamaan antara kuder-Richandson dengan pekali alfa
- kedua-duanya digunakan untuk menentukan kebolehpercayaan sesuatu instrumen.
*perbezaan antara kuder-Richandson dengan pekali alfa
 kuder-Richandson = mengukur kebolehpercayaan yang tiada jawapan yang tepat.
                                 contoh: mengukur motivasi, mengukur pendapat politik sekarang
pekali alfa = mengukur kebolehpercayaan yang ada jawapan tepat.
                   contonh: ujian fizik untuk menguji kefahaman pelajar.
5. KAEDAH BELAH DUA
- ujian yang sama dibahagi kepada 2 dan skor bagi setiap bahagian ditentukan korelasinya.

FAKTOR MEMPENGARUHI KEBOLEHPERCAYAAN
1. Panjang ujian - lebih panjang, lebih tinggi kebolehpercayaan
2. Waktu mengadakan ujian
3. Jenis ujian - objektif / esei
4. Skema pemarkahan dan penilaian.


Akhir sekali, mari kita sama2 lihat perkaitan antara kesahan dan kebolehpercayaan ini..
KAITAN ANTARA KESAHAN DAN KEBOLEHPERCAYAAN
  • kesahan akan memastikan ujian yang dibina menepati matlamat ujian itu dibina manakala kebolehpercayaan pula memastikan ketekalan dalam pengukuran pencapaian murid dalam ujian.
  • ujian yang sah semestinya ada kebolehpercayaan kerana ia perlu ada kebolehpercayaan dahulu barulah dikira sah.
  • ujian yang ada kebolehpercayaan tidak semestinya sah.
  • * kesahan lebih penting daripada kebolehpercayaan.




esok ade kelas KPD nih lagi tau...so tunggu dan lihat ape pulak yang akan saya kongsikan bersama kawan-kawan semua esok okey.....salam.....;)..

No comments:

Post a Comment